Thursday 6 June 2013

Hukuman Gua!

Tak larat gua dengan lu orang ni.
Kalau ikutkan gua tak mahu pun masuk campur hal dunia lu.
Tapi gua dah tak tahan.
Berprinsip tu biarlah selari.
Mana boleh pegang dua prinsip yang kontradiksi antara satu sama lain.
Gua tak boleh terima beb.
Double standard tahap melampau.
Tambah lagi bila libatkan hukum-hakam ni.
Gua bukanlah tahap ulama.
Tapi takkan nak sampai tahap ulama dulu baru nak sampaikan benda baik?
Kan?
Ke kena jugak jadi ulama baru gua boleh buat teguran?

Bila nasihat pasal hukum Tuhan.
"Pakailah tudung"
"Sampai bila nak jadi penagih?"
"Jangan lah lumba haram lagi"
"Judi tu haram, arak tu haram"
"Bila nak berhenti merokok?"

Apa lu orang jawab?
"Nantilah dulu."
"Esok lusa terbuka lah hati"
"Hidayah belum sampai"
"Malam masih muda"

Tapi bila cakap pasal hukum manusia,
Nak laksanakan AES,
nak naikkan cukai itu ini,
nak mansuhkan ISA,
nak naikkan harga barang,
nak perdagangkan ilmu dan pendidikan,
yang memang jelas nyata membebankan,
tanpa segan silu lu orang pertahankan.
"untuk rakyat juga"
"untuk kebaikan kita juga"
"biarlah bayar, aku sanggup. Dari negara ni bankrap"

Eh,
boleh pula hati lu nak tadahkan juga hukum manusia ni?
boleh pula nak terima dengan paksa rela?
kenapa tak payah tunggu sampai terbuka hati nak terima?
kenapa tak payah nak sampai dapat hidayah lu orang boleh mati-matian pertahankan?
boleh pun fikir rasional untuk kebaikan masyarakat lah bagai?

Pernah terfikir?
Double standard antara hukum tuhan dengan hukum manusia.
dan korang lebihkan lagi hukum manusia yang baru-baru ni je cipta daripada hukum Tuhan yang dah lama wujud diolah untuk kebaikan manusia sejagat.
Dah rasa diri sampai tahap separa tuhan ke?

Macam gua cakap tadi,
gua pun bukan baik,
tak kisah pun cara hidup lu orang.
Nak teruskan pun silakan.
Kalau mak ayah lu nasihat bertahun-tahun lu buat tak endah,
adik beradik lu cakap kias-kias lu marah balik,
ustaz, ustazah, kawan-kawan bagi ayat pedih pun lu buat telinga badak,
takkan lah entry blog cikai gua ni boleh ubah lu orang terus.
Gua tak hadap pun.
Gua nak lu orang fikir je.
Fikir sama-sama dengan gua.

Lek la,
Takkan terasa kot?
Selama ni relax je 'bash' manusia lain di alam maya,
takkan setakat macam ni hati dah kecai kot?
Kata kering.

Jangan risau.
Lu orang bukan jahat.
Cuma mungkin tersasar.
Sama macam gua.
Cumanya sampai bila nak tersasar ni?
Gua pun terasa dengan luahan gua sendiri.
Nangis!


Tuesday 4 June 2013

Datang Juga K.A.U.

K.
A.U.

Aduhai.
Bila ditagih,
jual mahal.
Bila tak hirau,
datang berbondong-bondong.
Kasi kacau aku punya istirahat.
Nak relaksasi pun tak boleh.

Datang tak beragak.
Main serbu tak ikut masa.
Sedang tidur kau ketuk pintu kuat-kuat.
Sedang memandu kau keluar dari radio.
Sedang beriadah, 'berjogging' kau datang bersatu dengan oksigen yang aku sedut hembus.

Kan aku dah tetapkan sistem.
Cuba ambil nombor giliran,
dan tunggu bila dipanggil.
Boleh? 

Tapi aku bukan sombong.
bukan juga kufur nikmat.
Aku bersyukur. 
Ya, aku anggap kau nikmat.
Nikmat Allah yang tiada pengantara.

I.
D.E.A.