Friday 13 February 2015

Aku & Tuan Guru.

Sedih.
Sedih aku tak menangis.
Sedih yang tak terluah.
Sedih yang buat aku rasa kosong.
Lebih sakit sedih begini.

Aku pernah singgah ke rumah.
Hanya singgah.
Terkilan tiada di rumah.
"Ada banyak masa lagi. Mungkin lain kali," fikirku.

Nyata aku silap.

Pemergian seorang ulama' yang warak.
Sewaktu masih bernyawa sibuk dengan urusan rakyat.
Sibuk dengan urusan agama.

Tetapi imejnya kekal seperti orang kebanyakan.
Pakaiannya.
Rumahnya.
Kata-katanya.

Walau disanjung tinggi.
Masih membongkok rukuk.
Masih lekat dahinya ke tanah untuk sujud.
Masih lidahnya basah dengan zikir dan ayat kitab.
Masih zuhud, patuh sebagai hamba tuhan.

Itulah.
Bukan karamah ajaib yang engkau wariskan.
Langit mendung?
Bau wangi?
Awan bentuk kalimah suci?
Aku tak mahu taksub.

Aku memandang pada ilmumu.
Semangatmu.
Amal perbuatanmu.

Perjuanganmu.

Kerdilnya aku bandingkan diriku dengan kau.

Hakikatnya kau juga manusia.
Yang hidup dalam ketidak-tentuan.
Tapi tetap yang pasti itu,
mati.

***

"Kenapa mad?" tanya kawanku.
"Aku sedih, Bad," jawabku.

"Sabar mad, sabar."

"Aku bukan sedih sebab dah meninggal. Tapi aku sedih sebab aku tak sempat nak hargai masa dia hidup."

Tak sempat?
Apa yang aku buat masa aku sempat?

Terkedu aku dengan soalan yang aku tanyakan pada diri sendiri.

***

Al-Fatihah
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
1349-1436