Tuesday 13 August 2013

Uji.

Dah terlalu banyak ujian yang aku jumpa.
Sejak sekolah rendah,
menengah,
universiti.
Ujian memandu,
ujian kemasukan kerja,
ujian IQ.

Tapi kali ni paling susah.
Paling pedih.
Tiada past year.
Tiada soalan bocor.
Tiada tips.
Tiada format.

Bukan ujian lisan.
Bertulis pun tidak.
Amali jauh sekali.

Buntu.

Ujian ini merindui aku.
Sudah berhabuk,
bersawang imanku.
Kerana tidak diuji.

Mungkin kerana ketawaku makin kuat,
perlahankan.
Mungkin kerana seronokku makin memuncak,
rendahkan.
Mungkin kerana selesaku makin empuk tenggelam,
timbulkan.
Mungkin kerana egoku makin meliar,
tambatkan.

Mungkin kerana pipiku sudah lama kontang dari air mata.

Mungkin kerana aku terlalu jauh.
Jauh.
Jauh dari Penciptaku.
Pemilikku.
Yang menghidupkan.
Yang mematikan.

Dekatkan.