Thursday 28 March 2013

Sudi? Ke mari.

Walau susah nak faham,
aku fahamkan juga.
Walau susah nak terima,
aku terimakan juga.
Tetapi terima dan fahamku,
tidak sejernih air telaga zamzam.

Hatiku ini sudah keluar mulut buaya,
masuk pula mulut singa.
Dua-dua bau bangkai.
Dicarik, dijahit, diperkotak katikkan.

Siapa yang sudi nak kisah?
Ke mari.
Aku dambakan cintamu.

Tuesday 26 March 2013

2,3,4 Faces

Two sides of coins.
Human, likewise,
have two faces,
two sides of personalities.

I beg to differ.

Actually, bukan dua je,
Manusia dalam dunia ni ada banyak muka.
Banyak personaliti.
Banyak.
Beribu-ribu lemon.

Depan mak ayah, pijak semut pun tak mati.
Depan bini, sayang-sayang tak berhenti.
Depan kawan-kawan, gelak macam nak tercabut gigi.

Bila tengok bola, ibarat Johan Cryuff bicaranya,
kalau boleh nak kalahkan idea Total Football beliau.
Bila bawak kereta, macam Tengku Djan versi datang bulan.
Depan laptop, jadi geliga sama taraf macam wiki, 
semua benda dia tahu, musykil.
Di laman Facebook, jadi pahlawan papan kekunci, menaip-debat pada frekuensi 50 Hz,
garang.
Pada masa yang sama send tweet "Hari niey nak diet. Sape nak teman kitew jogging?",
'manja'.
Tapi dekat instag dah macam buku resipi makanan.
Bila dalam blog........

Your life,
Is actually being painted by those various people that you met,
the various faces that they have.
That is why,
Life is colorful.

Tuntas,
Persoalannya, wajah aku yang mana yang paling asli?
Yang tidak bermuka-muka?

Pada aku,
saat aku menadah tangan,
penuh keinsafan,
penuh harapan.

Wajah aku paling autentik,
saat aku bermonolog dangan tuhan.
Allah.


Tuesday 12 March 2013

Melayu Mana?

Terpegun.
Terkesima.
Ter...

"Lu tunggu sini aa.
Kasi lu punya kaki lehat dulu
Lu duduk dulu.
Nanti anak gua bikin lu punya keleta,"

'anak?
anak India, makbapak adik beradik lain dia Cina?
Gila anak India ni.
Tak takut ke negara tergadai kerja dengan Cina?
Siap cakap Mandarin.
Tergadai lah bahasa Tamil macam ni.
Pengkhianat bangsa betul.'

Cubaan aku memakai kasut manusia rasis hampir berjaya.
ekstrem sungguh depa ni.
Tapi kasutnya ketat.
Sama ada kaki aku yang bersaiz paranormal.
Atau kasut mereka yang terlalu kecil.
Tertawa kecil aku.
macam orang gila gelak sorang-sorang dekat bengkel Cina ni.

Aku adalah penyokong konsep 1M kalau ia betul-betul mendukung perjuangan hidup manusia.
Perjuangan yang bukan berteraskan bangsa.
Tapi melalui observasi,
Bangsa aku Melayu ini masih bangsa yang mengalami paranoia tak tentu hala.

Memperjuangkan bangsa ialah meningkatkan usaha untuk berjaya.
Memajukan bangsa ialah membantu sesama kita tanpa hasad dengki.
Mengekalkan bangsa adalah mengutuhkan jati diri.
Bukan menindas bangsa India.
Bukan memperlekehkan perjuangan bahasa ibunda bangsa Cina.
Bukan menganaktirikan bangsa-bangsa lain di Sabah dan Sarawak.
Bukan menebalkan semangat kebencian terhadap mereka.

Aku pelik dengan segelintir ahli bangsaku Melayu.
Sungguh tertutup, terkatup, terlingkup pemikiran mereka.
Ibarat duduk menempurung bersama katak dalam perigi buta.
Posisinya jauh ke dalam. Bunyinya bukan main.
Sombong dengan dogma lapuk.
Seolah-olah Malaysia ni Melayu yang punya.
Sampaikan laungan "Aku Melayu" bunyinya seperti "Aku Tuhan".
Mendabik dada memperjuangkan ketuanan tanah.
Padahal orang Melayu sendiri tak guna bahasa Melayu dengan betul.
"Boshannyew tade awak kat ciniey. Kan besh awak ader. Windunyww."
Bahasa ketahian apakah ini?

Sudah-sudahlah.
Nak merdeka kena hapuskan tembok segregasi.
Dan tanamkan konsep asimilasi.
Jangan lupa prinsip toleransi.
Tak kan lah nak benci sampai mati!

Jadi,
Kau kata aku ini Melayu tak bersyukur?
Aku ini pengkhianat bangsa?
Aku ini tak kasihankan bangsa aku?

Di Malaysia ini konsep bersyukur yang asalnya suci telah diekploitasikotorkan oleh golongan manusia yang sama ada takut, malas atau tidak selesa untuk berubah.
Sampai bila?

Anehnya segelintir manusia separa tuhan ini,
Bila disebut soal kasihan kan bangsa,
bermain di minda imej atuk nenek di kampung sedang memberi dedak pada ayam itik.
atau pakcik makcik membanting tulang di kebun pisang.

Bila disebut soal khianat bangsa,
terbayang adik-adik sekolah rendah galas beg berat bersama botol air.
Siswa siswi tak bersalah sedang belajar di perpustakaan.

Apa jadi dengan Melayu bangsat yang tak sudah-sudah meniris rabakkan poket ibu ayah aku?
Mana kau sorokkan Melayu yang sudah lama melempiaskan nafsu dengan pangkat amanah rakyat?
Mana pergi Melayu yang sudah tegar hidup bermandikan wang ringgit hasil penipuan, penindasan?

Jadi,
Dengan Melayu mana yang aku khianat?
Dengan Melayu mana yang aku kasihan?

Dengan Melayu mana yang kau khianat?
Dengan Melayu mana yang kau kasihan?

Dengan Melayu mana yang kita hormat?

Kau jawab.


Monday 11 March 2013

IS. ESE?

'Tak ada kat Malaysia benda ni'
kata si pessimis.
'Belum lagi ada kat Malaysia ni'
fikir sang opportunis.
'Mana ada kat Malaysia macam ni'
kata kapitalis.
'Bang, takde kat Malaysia bang, ikhlas'
rayu si pengemis.
'Tiada di Malaysia, tuan'
kata polis.
'No, I tak pernah tengok kat Malaysia taw'
tweet golongan artis
'Mareshia ni arimasen desu ne'
bilang si Japanese.

bunyi sama, 
nadanya yang beda.
kerana asalnya melodi suara,
sebenarnya dari niat hati
disertai emosi.

'Ah!
Itu hanya suara dalaman,
yang bermain dalam kepala otak mereka,
Tiada asas cerucuk konkrit kebenaran,
Yang pasti di Malaysia,
Ada pessimis, opportunis, kapitalis, pengemis, polis, artis,
Japanese?'

monolog si penulis.

Friday 1 March 2013

9 campur 1.


Ya.
Perempuan ada satu akal,
Sembilan nafsu.
Tapi tak semua perempuan yang emotional,
bernafsu macam sembilan nafsu.

Ya.
Lelaki ada satu nafsu, 
Sembilan akal.
Tapi tak semua lelaki yang bijaksana,
berfikir macam sembilan akal.

Gunakan kelebihan,
Baiki kelemahan,
optimis.