Wednesday 28 November 2012

Cap Ayam


Typical. Prejudis. 
Label.

Biasalah perangai orang Kelantan..
Standard orang KL lah..
Xkan xtau orang Pulau Pinang mcm tu?
Itu soal kenegerian.

Typical orang UMNO..
Orang PAS memang mcm tu..
PKR? standard lah.
Itu soal kepartian.

Orang Melayu, janji Melayu lah..
Orang India ni dah tentu lah..
Cina, what do you expect?
Itu soal perkauman.

Bukan namanya lelaki lah kalau tak....
Perempuan. biaselah tu..
Itu soal keseksisan.

Dan banyak lagi soal yg nak aku persoalkan.
Soalan2 yang mempersoalkan diri aku sendiri.
Sedar tak dalam kita prejudis pada orang lain, org lain pun ada prejudis pada diri kita?

Nilai seorang manusia itu ditentukan berdasarkan ilmunya.
berdasarkan perjalanan hidupnya.
juga Taqwanya.
Bukan kenegerian, bukan kepartian, bukan perkauman, bukan keseksisan.

#Proses meLabel lebih sesuai dijalankan pada tin susu dan botol mineral berbanding pada manusia mcm aku. dan kamu. korang.

Tuesday 20 November 2012

Boy. Cott.


Hm.
Kalau terasa nak boikot, 
aku hargai,
Seriously.
Walaupun aku tau,
satu hari nanti,
kamu orang akan tewas dengan strategi pemasaran mereka.
Takpe.
Iman kan boleh bertambah, boleh berkurang.
Aku faham dengan jihad menentang nafsu korang.
Kalau terasa xnak boikot,
aku tak marah.
Seriously.
Sebab kamu orang makan makanan halal.
Guna duit titik peluh sendiri.
Tanpa menindas orang lain.

Yang aku marah,
kalau kamu-kamu orang bergaduh.

kata Ahmed, 
seorang pemuda Palestin sambil mengisi kelongsong peluru senapang patah beliau.


Friday 16 November 2012

First step to success?


Take the very first step. 
Talk to the person who sits beside you in the train. 
Start building up a harmony relationship with your neighbour. 
'high-five' your ex-schoolmate whom you met in shopping complex. 
greets and give salam to 'makcik' cleaner and 'pakcik' gardener. 
Being nice to people is clearly not a crime. 
Afterall, these people might hold the key.
The key to happiness.
The key to success.

Who knows?

Berani Hijrah.

Sedang merangkak ke Tahun Islam yang baru.
1434. 
Hijrah.
Perkataan klise yang sering bermain. 
Walaupun klise belum semua orang yang menghayatinya. 
Hijrah itu positif. 
Dari buruk kepada baik. 
Dari baik kepada lebih baik. 
Kalau perubahan menjadi lebih buruk, itu bukan hijrah. 
Itu kesilapan. 

Isi dan intonasi suara khatib tadi membawa aku merentas masa.
Masa mula-mula Hijrah itu berlaku.
Allahuakbar.
Manjanya umat Islam sekarang.
Lemah!

Kalau lah kita dapat hayati.
Betul-betul empati.
Bagaimana sakitnya kaki Saidina Abu Bakar digigit serangga,
sampai luruh air mata,
tapi tidak sedikit pun dielak,
dek kerana enggan mengganggu tidur Rasulullah yang sedang dipangku.

Belum cerita kisah berani Asma Abu Bakar,
seorang wanita muda merentasi cerun Gunung Tsur,
dalam gelap dan samar,
demi membekal makanan kepada ayahanda dan Nabi.

Orang kebiasaan hijrah waktu malam,
Umar Al Khattab,
Si pemisah hak dan batil,
Berhijrah di waktu siang, 
pedang di tangan,
cuma mengiring keberanian dan ketaqwaan di hati,
Kecut perut sekalian samseng-samseng Arab Quraisy.

Lalu apa lagi motivasi yang kita mahu untuk berhijrah?
Apa lagi dinding yang menghalang kita untuk menerobos sempadan diri?
Kalau cabaran kita setakat pergi balik kerja/kelas hanya naik bas,
Kalau sekadar tak mampu angkat barang berat,
Kalau hanya rumah sewa tidak selesa,
Kalau cuma penat bekerja di tengah panas, 
Dan kita mengeluh tiada tepi.

Maka menangislah para pejuang Hijrah Islam.
Mari berHijrah.
Salam Hijrah.
Salam.

Monday 12 November 2012

Cantas!


Kau ni!
Ke kiri,
Ke kanan,
menegak,
melintang,
hanya terpaksa mengikut hembusan mereka,
mereka lah.
bukan nya kuat pun. 
cuma,
angin yg ditiup itu terlalu menggoda,
bagai tiupan lembut ke telinga kiri,
singgah berkeliaran keliling otak,
bergerak rawak keluar kanan,

utara?
ke utaralah kau pergi,
selatan? 
ke selatanlah kau meliuk.
aku yang sakit.
sakit menahan kedegilan,
ke 'tidak tegasan' mu.
Sakit.
Faham?

Yang Benar,

Akarmu.

Thursday 8 November 2012

Mainstream tak semestinya mainstream.


Mainstream. Arus perdana. 
Satu benda yang aku belajar di PLKN.
Tak semua orang berada dalam arus perdana yang aku definisikan sendiri.

lepas sekolah masuk universiti/matriks.
nak pilih course yang best. 
yang mantap2.
Engineering, medic, law,
grad dgn 3.5 pointer.
masuk company international level.
dapat gaji besar.
rumah banglo.
kereta Nissan GTR.
kahwin.
Kau fikir semua orang mcm tu?
lepas PLKN,
berlambak2 gila rakan taulan aku aku nak kerja kilang,
nak berniaga pasar malam,
nak kahwin terus at the age of 18!
not mentioning yang dah already pregnant.

Well, who cares?

afterall, kejayaan seseorang ada banyak definisi.
bukan sahaja kerja kat oil n gas company,
bukan gaji RM 20k sebulan,
bukan sahaja dapat anugerah pelajar terbaik,
bukan sahaja dpt Degree, Master, PhD.
Lain orang lain jalan hidupnya.
Yang penting kerana Allah.
Aku rasa berjaya kalau aku berilmu.


Itu definisi kejayaan aku.

Korang?




"How do you define success? If only we weren't so caught up with the 'main stream' mind set." 

Kata Amira Ramli. Beliau cantik.


Monday 5 November 2012

Rantaian ini. Jengkel.

Aku lukis bangau.
Bangau oh bangau, kenapa engkau kurus?
Macammana aku tak kurus, ikan tak nak timbul.

Aku lukis ikan.
Ikan oh ikan, kenapa engkau tak mahu timbul?
Macammana aku nak timbul, rumput panjang sangat.

Aku lukis rumput.
Rumput oh rumput, kenapa engkau panjang?
Macammana aku tak panjang, kerbau tak makan aku.

Aku lukis kerbau.
Kerbau oh kerbau, kenapa tak makan rumput?
Macammana aku nak makan, perut aku sakit.

Aku lukis perut.
Perut oh perut, kenapa engkau sakit?
Macammana aku tak sakit, makan nasi mentah.

Aku lukis nasik.
Nasik oh nasik, kenapa engkau mentah?
Macammana aku tak mentah, kayu api basah.

Aku lukis kayu.
Kayu oh kayu, kenapa engkau basah?
Macammana aku tak basah, hujan timpa aku.

Aku lukis hujan.
Hujan oh hujan, kenapa engkau turun?
Macammana aku tak turun, katak panggil aku.

Aku lukis katak.
Katak oh katak, kenapa panggil hujan?
Macammana aku tak panggil, ular nak makan aku.

Aku lukis ular.
Ular oh ular, kenapa nak makan katak?
Macammana aku tak makan, memang makanan aku.

.......

Aku ambil pemadam.
Aku padam semua.