Wednesday 28 November 2012

Cap Ayam


Typical. Prejudis. 
Label.

Biasalah perangai orang Kelantan..
Standard orang KL lah..
Xkan xtau orang Pulau Pinang mcm tu?
Itu soal kenegerian.

Typical orang UMNO..
Orang PAS memang mcm tu..
PKR? standard lah.
Itu soal kepartian.

Orang Melayu, janji Melayu lah..
Orang India ni dah tentu lah..
Cina, what do you expect?
Itu soal perkauman.

Bukan namanya lelaki lah kalau tak....
Perempuan. biaselah tu..
Itu soal keseksisan.

Dan banyak lagi soal yg nak aku persoalkan.
Soalan2 yang mempersoalkan diri aku sendiri.
Sedar tak dalam kita prejudis pada orang lain, org lain pun ada prejudis pada diri kita?

Nilai seorang manusia itu ditentukan berdasarkan ilmunya.
berdasarkan perjalanan hidupnya.
juga Taqwanya.
Bukan kenegerian, bukan kepartian, bukan perkauman, bukan keseksisan.

#Proses meLabel lebih sesuai dijalankan pada tin susu dan botol mineral berbanding pada manusia mcm aku. dan kamu. korang.

No comments:

Post a Comment