Friday 16 November 2012

Berani Hijrah.

Sedang merangkak ke Tahun Islam yang baru.
1434. 
Hijrah.
Perkataan klise yang sering bermain. 
Walaupun klise belum semua orang yang menghayatinya. 
Hijrah itu positif. 
Dari buruk kepada baik. 
Dari baik kepada lebih baik. 
Kalau perubahan menjadi lebih buruk, itu bukan hijrah. 
Itu kesilapan. 

Isi dan intonasi suara khatib tadi membawa aku merentas masa.
Masa mula-mula Hijrah itu berlaku.
Allahuakbar.
Manjanya umat Islam sekarang.
Lemah!

Kalau lah kita dapat hayati.
Betul-betul empati.
Bagaimana sakitnya kaki Saidina Abu Bakar digigit serangga,
sampai luruh air mata,
tapi tidak sedikit pun dielak,
dek kerana enggan mengganggu tidur Rasulullah yang sedang dipangku.

Belum cerita kisah berani Asma Abu Bakar,
seorang wanita muda merentasi cerun Gunung Tsur,
dalam gelap dan samar,
demi membekal makanan kepada ayahanda dan Nabi.

Orang kebiasaan hijrah waktu malam,
Umar Al Khattab,
Si pemisah hak dan batil,
Berhijrah di waktu siang, 
pedang di tangan,
cuma mengiring keberanian dan ketaqwaan di hati,
Kecut perut sekalian samseng-samseng Arab Quraisy.

Lalu apa lagi motivasi yang kita mahu untuk berhijrah?
Apa lagi dinding yang menghalang kita untuk menerobos sempadan diri?
Kalau cabaran kita setakat pergi balik kerja/kelas hanya naik bas,
Kalau sekadar tak mampu angkat barang berat,
Kalau hanya rumah sewa tidak selesa,
Kalau cuma penat bekerja di tengah panas, 
Dan kita mengeluh tiada tepi.

Maka menangislah para pejuang Hijrah Islam.
Mari berHijrah.
Salam Hijrah.
Salam.

No comments:

Post a Comment