Sunday 28 October 2012

Ah, tak macam dulu dah.

Duduk mendengar pesanan atuk di sudut katil hospital,
membuatkan aku berasa muda dan tua.

muda kerana aku terasa atuk masih ambil berat tentang aku. 
"Mat, belajar kena rajin."
"Apa yang anda buat, itu yang anda dapat."
"Anak-anak kena jaga ibu bapa, kena hormat ibu bapa."
nasihat klasik lagi ortodoks.
tetapi asli, original dan ikhlas.
bunyi, isi, nada semuanya sama.
sama macam waktu umur aku 7 tahun dulu.
nasihat umpama aku masih anak kecil,
yang terdedah pada kelicikan dunia luar.

aku juga tersedar yang aku sudah tua.
tua kerana atuk dah tak kuat mcm dulu. 
tak seperti sewaktu atuk hantar Muhammad sekolah dulu.
tak macam masa atuk ajar Muhammad mengaji dulu.
tak macam atuk marah2 Muhammad malas bangun pagi dulu.

Tidak macam dulu-dulu.
sewaktu wan masih ada.

No comments:

Post a Comment