Tuesday, 12 March 2013

Melayu Mana?

Terpegun.
Terkesima.
Ter...

"Lu tunggu sini aa.
Kasi lu punya kaki lehat dulu
Lu duduk dulu.
Nanti anak gua bikin lu punya keleta,"

'anak?
anak India, makbapak adik beradik lain dia Cina?
Gila anak India ni.
Tak takut ke negara tergadai kerja dengan Cina?
Siap cakap Mandarin.
Tergadai lah bahasa Tamil macam ni.
Pengkhianat bangsa betul.'

Cubaan aku memakai kasut manusia rasis hampir berjaya.
ekstrem sungguh depa ni.
Tapi kasutnya ketat.
Sama ada kaki aku yang bersaiz paranormal.
Atau kasut mereka yang terlalu kecil.
Tertawa kecil aku.
macam orang gila gelak sorang-sorang dekat bengkel Cina ni.

Aku adalah penyokong konsep 1M kalau ia betul-betul mendukung perjuangan hidup manusia.
Perjuangan yang bukan berteraskan bangsa.
Tapi melalui observasi,
Bangsa aku Melayu ini masih bangsa yang mengalami paranoia tak tentu hala.

Memperjuangkan bangsa ialah meningkatkan usaha untuk berjaya.
Memajukan bangsa ialah membantu sesama kita tanpa hasad dengki.
Mengekalkan bangsa adalah mengutuhkan jati diri.
Bukan menindas bangsa India.
Bukan memperlekehkan perjuangan bahasa ibunda bangsa Cina.
Bukan menganaktirikan bangsa-bangsa lain di Sabah dan Sarawak.
Bukan menebalkan semangat kebencian terhadap mereka.

Aku pelik dengan segelintir ahli bangsaku Melayu.
Sungguh tertutup, terkatup, terlingkup pemikiran mereka.
Ibarat duduk menempurung bersama katak dalam perigi buta.
Posisinya jauh ke dalam. Bunyinya bukan main.
Sombong dengan dogma lapuk.
Seolah-olah Malaysia ni Melayu yang punya.
Sampaikan laungan "Aku Melayu" bunyinya seperti "Aku Tuhan".
Mendabik dada memperjuangkan ketuanan tanah.
Padahal orang Melayu sendiri tak guna bahasa Melayu dengan betul.
"Boshannyew tade awak kat ciniey. Kan besh awak ader. Windunyww."
Bahasa ketahian apakah ini?

Sudah-sudahlah.
Nak merdeka kena hapuskan tembok segregasi.
Dan tanamkan konsep asimilasi.
Jangan lupa prinsip toleransi.
Tak kan lah nak benci sampai mati!

Jadi,
Kau kata aku ini Melayu tak bersyukur?
Aku ini pengkhianat bangsa?
Aku ini tak kasihankan bangsa aku?

Di Malaysia ini konsep bersyukur yang asalnya suci telah diekploitasikotorkan oleh golongan manusia yang sama ada takut, malas atau tidak selesa untuk berubah.
Sampai bila?

Anehnya segelintir manusia separa tuhan ini,
Bila disebut soal kasihan kan bangsa,
bermain di minda imej atuk nenek di kampung sedang memberi dedak pada ayam itik.
atau pakcik makcik membanting tulang di kebun pisang.

Bila disebut soal khianat bangsa,
terbayang adik-adik sekolah rendah galas beg berat bersama botol air.
Siswa siswi tak bersalah sedang belajar di perpustakaan.

Apa jadi dengan Melayu bangsat yang tak sudah-sudah meniris rabakkan poket ibu ayah aku?
Mana kau sorokkan Melayu yang sudah lama melempiaskan nafsu dengan pangkat amanah rakyat?
Mana pergi Melayu yang sudah tegar hidup bermandikan wang ringgit hasil penipuan, penindasan?

Jadi,
Dengan Melayu mana yang aku khianat?
Dengan Melayu mana yang aku kasihan?

Dengan Melayu mana yang kau khianat?
Dengan Melayu mana yang kau kasihan?

Dengan Melayu mana yang kita hormat?

Kau jawab.


Monday, 11 March 2013

IS. ESE?

'Tak ada kat Malaysia benda ni'
kata si pessimis.
'Belum lagi ada kat Malaysia ni'
fikir sang opportunis.
'Mana ada kat Malaysia macam ni'
kata kapitalis.
'Bang, takde kat Malaysia bang, ikhlas'
rayu si pengemis.
'Tiada di Malaysia, tuan'
kata polis.
'No, I tak pernah tengok kat Malaysia taw'
tweet golongan artis
'Mareshia ni arimasen desu ne'
bilang si Japanese.

bunyi sama, 
nadanya yang beda.
kerana asalnya melodi suara,
sebenarnya dari niat hati
disertai emosi.

'Ah!
Itu hanya suara dalaman,
yang bermain dalam kepala otak mereka,
Tiada asas cerucuk konkrit kebenaran,
Yang pasti di Malaysia,
Ada pessimis, opportunis, kapitalis, pengemis, polis, artis,
Japanese?'

monolog si penulis.

Friday, 1 March 2013

9 campur 1.


Ya.
Perempuan ada satu akal,
Sembilan nafsu.
Tapi tak semua perempuan yang emotional,
bernafsu macam sembilan nafsu.

Ya.
Lelaki ada satu nafsu, 
Sembilan akal.
Tapi tak semua lelaki yang bijaksana,
berfikir macam sembilan akal.

Gunakan kelebihan,
Baiki kelemahan,
optimis.

Sunday, 17 February 2013

Kapasiti Kesalahan.

Dah lama tak ketuk tin klise.
Tapi malas.
Baling batu cukup.

"Ibu bapa lebih mengetahui apa yang terbaik."
Ya.
Ibu bapa lebih mengetahui apa yang terbaik.
lebih kurang macam tu lah bunyinya.

Aku sebagai 'cliche buster' memang tak setuju.
Standard cliche buster lah.
Ibu bapa mungkin ada clearer view untuk anak-anak.
Bird's eye view.
But still, they're not the one who knows best.

Tetap Dia Yang Maha Esa yang mengetahui segala isi perut bumi,
cakerawala,
galaksi.
Apa lagi isi hati.

Mak bapak ni manusia jugak.
Macam manusia lain.
Tak sempurna.
Buat dosa.
Buat silap.
Salah pilih.

Tapi sebab tin klise ni berbunyi-bunyi macam tu,
tiada ruang untuk mak ayah nak buat silap.
Tak adil!
Mak ayah pun perlukan kapasiti tu.
Kapasiti untuk berbuat silap
Kapasiti kesalahan.

When you have this kind of capacity,

Risk will be taken,
Decision can be made,
Heart will be less broken,
Hope will never fade.

(that is my first attempt untuk ber poem.)

Above all,
Kita akan lebih bergantung pada Nya.
InsyAllah.

Mereka merancang, Allah juga merancang.
Sesungguhnya Allah ialah sebaik-baik perancang.
Surah Ali Imran.
Ayat 54.


Friday, 8 February 2013

Kaki, bukan untuk dijilat!

Kaki,
ada banyak kaki,
bukan hanya dua,
Kaki botol kaki curi,
Kaki ayam kaki judi,
Kaki bangku kaki buli,
Kaki kanan kaki kiri,
Kaki karok.
Kaki AF.

Kaki bodek.

Kaki,
ada banyak guna,
berjalan ke masjid,
berlari kejar bas,
pijak lipan,
sidekick, dropkick,
sepak terajang pokok pisang,

bentes Messi,

dengan kaki kita boleh terkenal,
dengan kaki kita boleh menyundal,
buat lah apa pun dengan kaki,
yang penting,

kaki bukan untuk dijilat!

Saturday, 2 February 2013

Tolong turun padang sekarang!

Aku teruja.
Excited.
Bangun dr tdur tidak pernah secergas ini.
Walaupun waktu bangunku 5.40 p.m.
Bangun,
stretching,
wudhu,
Asar,
bersiap2.
Futsal ke bola padang?
Pergi padang dulu lah.
"K."
jawabku pada persoalan yang aku sendiri tanyakan.
Gila.
Bagai kaca yang sudah berderai di atas jalan tar,
dilenyek pula dengan lori sampah.
Woi!
Ni Sabtu petang la!
tak kan takde orang main bola?
Jeritan batinku sungguh kuat,
tapi aku sorang yg dengar.
dulu-dulu masa aku budak-budak dulu.
Sabtu petang ni waktu paling ideal main bola.
Beriadah.
paling tidak pun main gasing.
takpelah,
singgah court futsal, tengok guano.
Haram.
Aku sedih.
Aku kecewa.
bukan sebab tak dapat main.
tapi sebab aku baru sedar,
pengaruh game, PS, Xbox,
Fb, Twitter,
bukan sahaja merasuk golongan budak-budak hingusan.
tapi golongan tua bangka macam aku.
Parah.
Parah parah.
Sambil aku menepuk-nepuk perut aku yang terisi lemak tak tepu.

#sambil menepuk perut berlemak, aku teringat karangan autobiografi. Karangan yang membuatkan kita khayal dan berimaginasi. Aku Sebatang Pensel. Contoh. Nantikan.


Sunday, 27 January 2013

Hargai Rindu



Kotak klise pernah bersuara,
'Bile dah tiada, barulah nak hargai',
Yeke?
Betul ke?
Tak tipu?

Pada aku,
betul. 
Tapi tidak pada semua hal.
Yang penting,
semua orang harus tahu ada beza antara dua kata kerja ini:

Merindu & Menghargai.

Kadang-kadang kita keliru,
Tapi ramai yang tak ambik port pun,
bahawa kalau rindu tak semestinya masa dulu tak menghargai,
Kalau namanya tiada depan mata,
rindulah kan?

Dan kalau mula menghargai bila tiada,
Bermakna kita dah terjebak dalam salah satu elemen rindu.

Yeke?
Betul ke?
Tak tipu?

Terpulang..

#aku rindu untuk menghargai rakan-rakan, sahabat-sahabatku. Aku hargai kerinduan ini.